Langkau ke kandungan utama

PAKEJ UMRAH MUSIM SEJUK 2019


Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac. Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh ianya boleh mencapai 13 darjah celsius. Sejuknya di Tanah Suci Mekah dan Madinah bukanlah kerana disebabkan salji, tetapi kerana tiupan angin sejuk dari khutub utara. Namun begitu, sejuk yang paling terasa sekali adalah ketika keluar dari hotel menunaikan solat subuh di masjid khususnya di Madinah. Sehubungan itu, jemaah umrah dinasihatkan tidak lupa membawa baju sejuk di samping ubat-ubatan. Jenis-jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2019 Melaksanakan ibadat umrah pada musim sejuk adalah sama dengan ibadat umrah pada musim panas atau Ramadan iaitu dari segi rukun dan wajibnya. Terdapat tiga jenis pakej umrah musim sejuk yang disediakan untuk memenuhi kehendak para jemaah; PROMOSI TERHAD  PAKEJ UMRAH JANUARI-MAC 2019 PAKEJ BIASA RM5,790 PAKEJ SILVER RM5,990 PAKEJ GOLD RM6,590 Kami menawarkan dua pakej berbeza yang berbaloi: JARAK PENGINAPAN YANG DEKAT DENGAN MASJIDILHARAM  PENGALAMAN MENUNAIKAN UMRAH DI WAKTU YANG KURANG SESAK MUTAWWIF YANG MESRA DAN BERPENGALAMAN  PENGHABISAN SLOT TERHAD  Tarikh berlepas:  5 JAN 2019  19 JAN 2019  2 FEB 2019  19 FEB 2019  2 MAC 2019  16 MAC 2019  30 MAC 2019 Pelbagai cenderahati turut disertakan! Sertailah Syaza Travel & Tours dan bersama kita kecapi umrah yang maqbulah. Amin. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di:  http://umrahtaif.wasap.my  http://syaza.wasap.my atau HQ: 03 4296 2019 HP : 011 4001 6878 : 016 383 0660

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi...

DESTINASI MENARIK CHIANGMAI, THAILAND

Chiangmai, Thailand!!! adalah wilayah kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai,Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son.

BARANGAN KELENGKAPAN UMRAH

Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah mungkin tertanya-tanya apakah barangan kelengkapan haji atau umrah yang perlu dibawa, jumlah barangan tersebut dan dimana untuk mendapatkan keperluan tersebut dan harga. Para jemaah boleh mendapatkan informasi tersebut di  laman web rakan strategik kami Hijranisa.com . Barangan boleh dipesan awal dan diambil semasa menghadiri kursus atau boleh diposkan kealamat kediaman masing-masing. Barangan Lelaki from Amran AJ on Vimeo . Barangan Wanita from Amran AJ on Vimeo . Barangan Am from Amran AJ on Vimeo . Barangan kelengkapan haji dan umrah dibawah boleh dijadikan rujukan untuk disediakan sebelum keberangkatan;