Chiangmai, Thailand!!! adalah wilayah kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai,Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son. Chiang Mai bersempadan dengan Myanmar di sebelah utara...sebut sahaja mengenai negara tersebut, sudah tergambar difikiran kita........
tentang MAKANANnya....
tentang GAJAHnya....
tentang KECANTIKAN DAN KETAMPANAN ORANGnya....hehehehe....
ya.....begitulah apa yang dialami oleh saya sendiri sebagai Tour Leader untuk rombongan Syaza Travel & Tours Sdn Bhd ke Chiangmai, Thailand....walaupon tempatnya tidak lah terlalu moden seperti lawatan-lawatan saya ke negara-negara Eropah, tapi......sesuatu yang unik di tampat tersebut adalah keunikan atau keserasian antara Manusia dan Binatang...hehehehe....
Mana tak nya...bayangkan, macammana orang-orang di sana mengajar seekor gajah untuk MELUKIS!!!! huh, sesuatu yang unik kan
Bukan takat tu saje....saya juga terpegun dengan keunikan Wat Rong Khun atau Kuil Putih. Ia diilhamkan oleh pelukis kelahiran Chiang Rai, Chalermchai Kositpipat. Sebagai bukti rasa cintanya kepada Sang Buddha, Chalermchai tak hanya bertanggung jawab dalam hal senibina bangunan Kuil Putih, tapi juga menyumbangkan sebagian besar dana untuk pembangunan projek ini. Kuil berwarna putih dengan latar belakang langit biru membuat bangunan itu seakan mengambang laksana awan. Sungguh indah dan sejuk dipandang. “Wat Rong Khun atau Kuil Putih masuk Tujuh Keajaiban Thailand”
Banyak lagi kenangan dan memori semasa berada di Chingamai & Chiangrai, Thailand yang dapat dikongsikan dengan anda semua menerusi video di bawah...selamat menonton :)
Lawatan Syaza Travel & Tour ke Chiangmai, Thailand
Jika ingin merasai sendiri apa yang saya alami, sila la berhunbung dengan para executive Syaza Travel yang sproting habis di talian 03-42962019... :)
PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi. Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar. Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi...
Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah mungkin tertanya-tanya apakah barangan kelengkapan haji atau umrah yang perlu dibawa, jumlah barangan tersebut dan dimana untuk mendapatkan keperluan tersebut dan harga. Para jemaah boleh mendapatkan informasi tersebut di laman web rakan strategik kami Hijranisa.com . Barangan boleh dipesan awal dan diambil semasa menghadiri kursus atau boleh diposkan kealamat kediaman masing-masing. Barangan Lelaki from Amran AJ on Vimeo . Barangan Wanita from Amran AJ on Vimeo . Barangan Am from Amran AJ on Vimeo . Barangan kelengkapan haji dan umrah dibawah boleh dijadikan rujukan untuk disediakan sebelum keberangkatan;
Ulasan
Catat Ulasan