Langkau ke kandungan utama

SEPETANG DI TASIK GENEVA – DARI ZURICH KE MONTREUX


Montreux, Switzerland

Melancong ke Switzerland memang menarik walaupun hanya sekali, ia dapat memberi kenangan dan pengalaman bermakna kepada pengunjungnya. Negara Alpine itu juga tidak dinafikan dapat melapangkan fikiran kerana tarikan alam semula jadinya cukup cantik sekali serta mengagumkan, manakala udara sekitarnya bersih dan segar.

maps[1]

Keluasan negara itu lebih kurang 41,285 km persegi dan kira-kira dua pertiga daripadanya diliputi hutan, tasik serta gunung ganang. Antara bandar yang dikunjungi ialah Zurich, Montreux, Crans Montana, Lugano dan Lusern.  Setiap bandar berkenaan mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri. Justeru, tidak hairanlah jika industri pelancongan adalah sumber ketiga terbesar bagi tukaran asing negara itu selepas perusahaan mesin dan kimia.
Kami tinggalkan dahulu bandar Zurich yang serba moden tapi mendamaikan untuk menuju ke bandar peranginan Alps iaitu Crans Montana melalui bandar Montreux, sebuah bandar dipersisiran tasik Geneva yang cantik dan bersih yang serba serbinya elit dan mahal. Ini kerana destinasi terakhir adalah Zurich, untuk diterokai lebih terperinci lagi sebelum bertolak balik ke malaysia.
Kami singgah di Montreux, menikmati keindahan bandar itu.
Selain pemandangan banjaran Alps dan kawasan bukit bukau yang mempersona, panorama tasik yang cantik lagi bersih seperti di Montreux dan Geneva juga cukup mendamaikan. Kedua-dua bandar ini berkongsi tasik yang sama (Lake Geneva), cuma bezanya lokasi Montreux di hujung timur tasik dan Geneva pula terletak di hujung barat tasik.
Montreux dikatakan lebih mempesona berbanding dengan Geneva sebabkan pemandangan tasik yang berlatarbelakang kawasan pergunungan jelas kelihatan di Montreux tetapi berbeza dengan Geneva dimana hanya pemandangan tasik yang dapat dilihat walaupun berkongsi tasik sama.
Montreux terletak di tenggara Lausanne. Melewati bandar-bandar lain di tebing Tasik Geneva termasuk Vevey.
Pemandangan indah sepanjang Tasik Geneva
Montreux terkenal dengan Jazz Festival yang diadakan tiap-tiap tahun bulan Julai. Berada di Montreux rasa macam dalam filem, siap ada music background .
Dii Montreux, kanak-kanak berlari dengan bebas dan riang satu pemandangan sebegini yang sukar diperolehi di bandar-bandar kosmopolitan lain hatta di tempat kita bandaraya Kuala Lumpur, di KL nak lepaskan anak dari pegangan pun takut.
Sepetang di sana, satu kenangan yang sangat indah.
Perjalanan diteruskan ke tempat peranginan pergunungan tinggi Alp, Crans Montana, satu perjalanan yang mengecutkan perut kerana terpaksa melalui tebing-tebing tinggi lagi curam untuk sampai kepuncak gunung yang bersalji licin.
Lihat album foto perjalanan Austria – Switzerland

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊 Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

RAIKAN ROMANTIKA CINTA DI PULAU NAMI, KOREA SELATAN

Pulau Nami terletak di daerah Chuncheon dan merupakan lokasi paling digemari oleh pelancong untuk dikunjungi. Tidak lengkap perjalanan anda di bumi Korea sekiranya tidak mengunjungi lokasi penggambaran drama Winter Sonata ini.      Pulau Nami atau nama tempatannya 남이섬 (Namiseom) merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bulan separa terletak di sebatang sungai. Jarak antara pekan Gapyeong dengan Pulau Nami adalah sejauh 3.8km dan pulau ini berkeluasan 4 km persegi. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun. Pulau ini sangat indah dengan pesona seperti lukisan alam yang mempesonakan Pulau Nami telah dibangunkan pada tahun 1944 kerana banjir pembinaan Empangan Cheongpyeong. Pulau ini dinamakan sempena nama Jenderal Nami, yang meninggal pada usia 27/28 setelah dibunuh kerana dituduh melakukan pengkhianatan selama pemerintahan Raja Sejo, raja ketuju