Langkau ke kandungan utama

JELAJAH SEJARAH ISLAMIK DI NEGARA TURKI

Mengembara ke negara Turki dan mempelajari serba sedikit sejarah tentang kehidupan di negara Turki. Antara tempat-tempat menarik yang kita boleh lihat & pelajari di Negara ini ialah:
Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque)
- Masjid bersejarah di Istanbul dan bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Uthmaniyyah. Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya.
Hagia Sophia
- Dahulunya gereja, kini telah menjadi sebuah masjid yang sangat indah dan cantik. Bangunan ini menjadi masjid pada masa kekuasaan Kesultanan Uthmaniyah. Kemudian bangunan ini dibuka sebagai museum oleh Republik Turki.

Istana Topkapi (Topkapi Palace)
- Merupakan museum yang menyimpan segala sejarah dan warisan peninggalan Rasulullah serta barang-barang penting seperti Jubah, Al-Quran, Tapak Kaki, Senjata, Peti Emas dan sebagainya.
Bosphorus Cruise
- Ingin melihat Turki Eropah dan Turki Asia dalam satu masa? Dengan bosphorus cruise ini anda akan dpt melihat di mana selat yang memisahkan antara Turki Asia dan Turki Eropah. Sambil menaiki cruise juga, anda boleh menikmati pemandangan yang indah dengan melihat burung bertebangan berdekatan cruise.

Hot Air Balloon
- Cappadocia di Turki sememangnya terkenal dengan hot air balloon atau belon udara panas. Pengalaman menaiki hot air baloon di sini pastinya sukar dilupakan di tambah lagi dengan menikmati pemandangan indah yang tidak sama jika melakukannya di tempat lain. Pengunjung juga boleh melihat keseluruhan bandar yang terdapat di Cappadocia dengan menaiki balloon ini.

Grand Bazaar
- Bazaar yang terkenal dan terletak di Istanbul kerana setiap pengunjung yang datang ke Istanbul akan pergi ke Bazaar ini kerana pelbagai jenis barangan jual di sini seperti Seramik, Turkish Delight, Cenderahati, Lampu & sebagainya. Bazaar ini mempunyai lebih kurang 4000 kedai di dalamnya.


Marilah mengembara Negara Turki bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Kami boleh membuatkan impian anda menjadi realiti untuk ke sana. Jangan risau! Dengan serendah RM4500 SAHAJA anda boleh ke Negara Turki.

Pakej kami termasuk :
Penginapan bertaraf 3* / 4*
Tiket penerbangan
Pengangkutan
Pemandu pelancong
Makan & Minum
Tiket Masuk Tempat Melancong

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi...

DESTINASI MENARIK CHIANGMAI, THAILAND

Chiangmai, Thailand!!! adalah wilayah kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai,Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son.

BARANGAN KELENGKAPAN UMRAH

Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah mungkin tertanya-tanya apakah barangan kelengkapan haji atau umrah yang perlu dibawa, jumlah barangan tersebut dan dimana untuk mendapatkan keperluan tersebut dan harga. Para jemaah boleh mendapatkan informasi tersebut di  laman web rakan strategik kami Hijranisa.com . Barangan boleh dipesan awal dan diambil semasa menghadiri kursus atau boleh diposkan kealamat kediaman masing-masing. Barangan Lelaki from Amran AJ on Vimeo . Barangan Wanita from Amran AJ on Vimeo . Barangan Am from Amran AJ on Vimeo . Barangan kelengkapan haji dan umrah dibawah boleh dijadikan rujukan untuk disediakan sebelum keberangkatan;