Langkau ke kandungan utama

CATATAN KEMBARA BANDUNG, INDONESIA

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Paris van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Mengimbas kembali kenangan dan memori semasa menjadi Ketua Rombongan kumpulan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah sekitar Johor pasti mengukir senyuman....disini saya coretkan beberapa bingkisan memori untuk tatapan umum.... Hari Pertama : KETIBAAN DI BANDUNG (Makan Malam) Setibanya kami di Lapangan Terbang HUSEIN SASTRANEGARA, kami disambut oleh Tour Guide dan wakil syarikat. Terus ke hotel untuk check-in. Kemudian kami ke Salah satu tempat shopping yang paling famous skali di Bandung, iaitu  PASAR BARU Shopping Centre. Makan Malam kami di restoran tempatan dan kemudian, acara bebas...ape lg, tido la..penat seharian bershopping dan berjalan...hehehehe
Pasar Baru Bandung
Pelbagai jenis beg dapat dibeli di Pasar Baru
11-Batik Pasar Baru Bandung
Kain-kain pasang dan ela juga terdapat di Pasar Baru
3
huh, memang rambang mata jika berada di Pasar Baru
DSC01446
pakaian untuk RAJA SEHARI juga terdapat di Pasar Baru ni....
Hari Kedua : BANDUNG FULL DAY TOUR (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)  Selepas sarapan di Hotel, kami dibawa ke Gunung TANGKUBAN PERAHU yang dikenali dengan cerita-cerita sejarah Sangkuriang dan Dayang Sumbi dan juga CIATER HOT SPRING. Selesai kembara kami di Tangkuban Perahu, kami meneruskan perjalanan shopping kami di CIHAMPELAS JEANS CENTRE dan FACTORY OUTLET. Perh!!! disini memang tempatnya bagi kaki-kaki shopping. Lepas penat menghabiskan duit untuk shopping, kami berehat selepas makan malam di restoran.
"Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Perahu"
CIATER HOT SPRING


CIHAMPELAS JEANS CENTRE juga dikenali sebagai bandar tempat SUPERHERO melarikan diri...hehehe....sungguh unik dikawasan ini sebab hampir kesemua kedai-kedainya meletakkan simbolik superhero yg seakan-akan nampak real...
FACTORY OUTLET di Bandung sangat unik kerana hampir kesemua outlet tersebut merupakan antara rumah-rumah pembesar Belanda pada zaman dahulu kala...pelbagai papan tanda yang unik dipamirkan diluar kedai untuk menarik minta para pengunjung. Harga yang sangat menarik dengan kualiti yang terbaik
Hari Ketiga : BANDUNG SHOPPING TOUR (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)  Selepas sarapan di hotel, kami meneruskan lagi penjelajahan shopping kami di CIBADUYUT SHOES CENTER dan STOCK CENTER FACTORY OUTLET, HERITAGE FACTORY OUTLET, SUMMIT FACTORY OUTLET dan beberapa FACTORY OUTLET yang masih berbaki di Bandung. Selepas seharian penat berjalan, menghabiskan duit dan bershopping, kami rehat di hotel. Opps...tidak dilupakan, Lunch dan Dinner kami tersangatlah sedap!! heheheeh.... cibaduyut-statue cibaduyut Merchandise Image447 jalan-cibaduyut
CIBADUYUT SHOES CENTER
a6b0c350c2af0e01cd1c23f1d3303616
STOCK CENTER FACTORY OUTLET
Bandung_Factory_Outlet
HERITAGE FACTORY OUTLET

 3764335_f260
SUMMIT FACTORY OUTLET
Hari Keempat : Bertolak dari BANDUNG ke KL (Sarapan) 
Selepas sarapan, aktiviti bebas sekitar hotel, menghabiskan saki baki duit Rupiah yang masih bersisa dalam poket dan beg kami sementara menunggu dorang hantar kami ke Airport untuk fly ke KL...sedihnya :(
So, pendek kata, mmg Bandung adalah KOTA SHOPPING bagi mereka yang hobinya adalah SHOPPING...mana tak nya...barang-barang yang brended boleh didapati dengan harga murah di Bandung....tak hairan la ramai yang berpusu-pusu ke Bandung terutama menjelang Syawal...hehehehe....
Untuk lebih feel, saya telahpon videokan memori dan kenangan kami sepanjang program....sila lah menonton ye :) :) :)
Jangan lupa, jika ingin menjelajah Kota Shopping Bandung, sila lah berurusan dengan para Executive Syaza Travel yang ramah dan sporting di 03-42962019!!!
SELAMAT MENGEMBARA!!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi...

DESTINASI MENARIK CHIANGMAI, THAILAND

Chiangmai, Thailand!!! adalah wilayah kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai,Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son.

BARANGAN KELENGKAPAN UMRAH

Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah mungkin tertanya-tanya apakah barangan kelengkapan haji atau umrah yang perlu dibawa, jumlah barangan tersebut dan dimana untuk mendapatkan keperluan tersebut dan harga. Para jemaah boleh mendapatkan informasi tersebut di  laman web rakan strategik kami Hijranisa.com . Barangan boleh dipesan awal dan diambil semasa menghadiri kursus atau boleh diposkan kealamat kediaman masing-masing. Barangan Lelaki from Amran AJ on Vimeo . Barangan Wanita from Amran AJ on Vimeo . Barangan Am from Amran AJ on Vimeo . Barangan kelengkapan haji dan umrah dibawah boleh dijadikan rujukan untuk disediakan sebelum keberangkatan;