KEMENTERIAN Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) mewajibkan insurans takaful bagi setiap jemaah dan insurans indemniti ke atas syarikat pengendali umrah sebagai penambahbaikan dalam syarat khusus Lesen Khas Umrah (LKU). Insurans Indemniti ini disyaratkan untuk semua pemegang lesen ‘outbound’ termasuk umrah perlu diperolehi dengan nilai perlindungan RM100,000.00 setahun. Ia bagi melindungi daripada segala bentuk kecemasan dan perkara tidak diingini termasuk jemaah terkandas akibat masalah kewangan serta penghantaran balik disebabkan masalah kesihatan. Sebelum ini jemaah tidak sedar bahawa insurans perlindungan individu atau pukal yang dibeli tidak melindungi perkara seperti terkandas dan sebagainya sehingga musibah terbabit terjadi ke atas mereka. Kami di Syaza Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pemegang Lesen Khas Umrah (LKU) bermuassasah menyediakan kepada semua jemaah umrah kelolaan kami dengan kedua-dua jenis perlindungan iaitu insurans takaful bagi setiap jemaah dan insurans i
Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac. Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh i