Langkau ke kandungan utama

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE
Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center.
Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi. 
Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi yang terbaik jika ingin membeli dengan jumlah yang agak banyak.
Jika anda mahu membeli-belah di semua bahagian Pasar Baru ni, mahunya satu hari tidak cukup kerana ianya memang besar. Setelah puas dan bila perut dah rasa lapar, boleh sahaja makan tengahari di situ. Makanannya juga boleh tahan.

PASAR CIBADUYUT
Pasara Cibaduyut terkenal dengan barangan kasut , beg yang terdiri daripada kulit asli. Pasar Cibaduyut merupakan pusat membeli belah kasut yang terpanjang di dunia.
Pelbagai jenis kasut dan bag kulit yang di jual di sini. Paling menarik di Pasar Cibaduyut ini adalah pengunjung boleh menempah model atau reka bentuk khas mengikut kriteria dan citarasa anda sendiri.
Kualiti dan jenama barangan kulit asli di Pasar Cibaduyut tidak di nafikan lagi kerana peniaga-peniaga dari luar Negara juga memborong baragan di sini untuk di jual semula. Harga barangan di sini lebih murah berbanding  harga barangan di Malaysia menyebabkan ramai pengunjung peniaga datang membeli belah kasut dan bag kulit asli di sini. Oleh kerana, harga yang bersesuaian dengan kualiti kulit asli itu sendiri yang menarik perhatian pengunjung negara luar untuk datang ke Pasar Cibaduyut.

TOKO TIGA
Toko Tiga tentu sudah tidak asing di kalangan masyarakat Bandung sebagai pusat penjualan jins original atau asli. Setiap orang tentu berharap memiliki barang original, termasuk jins. Sayangnya, mayoritas produk original memiliki harga selangit, apalagi brand luar negeri. Akhirnya, memiliki jins original hanyalah angan-angan semu yang entah bisa terwujud atau tidak.Toko Tiga merupakan Pusat Penjualan Jeans yang original. Terdapat pelbagai jenama jeans di Toko Tiga. Jenama paling popular adalah jenama Levi’s .Selain daripada seluar jeans , pakaian sperti baju jeans juga terdapat dijual disini. Berkenaan harga pula boleh tawar manawar sama seperti di Pasar Baru Trade Centre.Keistimewaan shopping di Toko Tiga ialah pemotongan seluar jeans yang percuma  setiap pembelian di mana-mana kedai. Selain itu, anda juga akan dapat free gift seperti keychain daripada setiap kedai jeans yang anda shopping.
Anda ingin menikmati SYURGA SHOPPING di Bandung ? Syaza Travel sedia menguruskan jadual aktiviti harian anda di sana ! Boleh hubungi Tour Executive kami di 03-42962019

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊 Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

OUTSTANDING UMRAH AND HAJJ AWARD 2016

Alhamdulillah, Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah dipilih untuk menerima anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy dengan kerjasama Kementerian Haji dan  Umrah Arab Saudi  dan UiTMara Malaysia. Mereka telah berkolobrasi dalam menganalisa dan menilai prestasi semua Agensi Pelancongan dan Operator Haji dan Umrah yang beroperasi di Malaysia untuk dipilih  sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat. Anugerahan telah disampaikan oleh yang Berbahagia Setiausaha Bahagian Perlesenan Kementerian Pelancongan Malaysia. Dengan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin untuk kami bekerja dengan lebih gigih lagi untuk memberi pelayanan yang lebih baik dan bermutu kepada semua pelanggan kami terutamanya para jemaah umrah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini yang telah diadakan pada malam 2hb November, bertempat di Dewan Banquet, Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur.