Langkau ke kandungan utama

PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5 H 4 M)

Jakarta adalah ibu kota negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisiran bahagian barat laut Pulau Jawa. Seperti rajah di bawah : 
Hari pertama di Jakarta :
Penerbangan dari KUL – JKT mengambil masa 1 jam (-+) Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta , pemandu pelancong sudah menanti kami untuk ke destinasi seterusnya. Kami memilih Favehotel Zainul Arifin (4*) sebagai penginapan di Jakarta. Pada waktu malam, kami menikmati makan malam di Pondok Sedap Malam, restoren ini menyediakan makanan laut yang segar dan harganya berbaloi. 
Hari kedua di Jakarta :
Aktiviti hari kedua kami pergi ke Dataran Menara Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Berdasarkan kata pemandu pelancong kami, bahagian atas Menara Mona situ terdapat emas. Kemudian, kami terus menuju ke Mangga Dua Square untuk membeli belah.

Mangga Dua Square
Hari ketiga di Bandung :
Destinasi seterusnya, Farmhouse Susu Lembang, Bandung. Taman Tema disini berkonsepkan Eropah. Di dalam Taman Tema ini terdapat mini zoo dan kafe. Disini kami menghabis kan masa selama 1 jam 30 min untuk menerokai keunikan tempat ini.  Kami memilih Hotel Pasar Baru ( 4*) untuk penginapan di Bandung kerana Hotel ini terletak di tempat startegik. Berdekat dengan tempat membeli belah iaitu Pasar Baru. Setelah penat berjalan, perut pun sudah berbunyi minta untuk diisi. Kami terus menuju ke Kampung Daun Culture Gallery & Café untuk makan tengah hari. Makanan disini sangat sedap dan kawasannya sangat mendamaikan. Jika sampai di Bandung, tidak lengkap kalau tidak makan ‘ikan terbang’ .
Farmhouse Susu Lembang
Suasana di Kampung Daun
Hari keempat di Bandung :
Seawal 9.50 pagi waktu Indonesia, kami bertolak ke Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu. Suasana di puncak sungguh meriah dengan kehadiran pelancong dan juga penjaja yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Udara ni sini agak sejuk. Jika dilihat dari atas akan terlihat kepulan asap dan kawah beruap menandakan ianya masih aktif. Jika mahu ke kaki kawah gunung berapi, pastikan mendaftar dan dapatkan khidmat pemandu pelancong.
Tangkuban Perahu


Hari kelima di Bandung :
Selepas sarapan kami masih ada masa untuk berjalan jalan di Pasar Baru. Barangan disini sangat murah dan banyak pilihan. Kalau nak berniaga di Malaysia, Pasar Baru ini sesuai sangat untuk beli borong. Untung berganda jika jual di Malaysia . Kami sempat membeli ole ole untuk dibawa balik sebagai kenangan. Setelah itu, kami terus bergerak ke Lapangan Bandar Utara Husein Sastranegara Bandung. Tamat sudah percutian kami di Indonesia

Pasar Baru Trade Center

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RAIKAN ROMANTIKA CINTA DI PULAU NAMI, KOREA SELATAN

Pulau Nami terletak di daerah Chuncheon dan merupakan lokasi paling digemari oleh pelancong untuk dikunjungi. Tidak lengkap perjalanan anda di bumi Korea sekiranya tidak mengunjungi lokasi penggambaran drama Winter Sonata ini.  Pulau Nami atau nama tempatannya 남이섬 (Namiseom) merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bulan separa terletak di sebatang sungai. Jarak antara pekan Gapyeong dengan Pulau Nami adalah sejauh 3.8km dan pulau ini berkeluasan 4 km persegi. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun. Pulau ini sangat indah dengan pesona seperti lukisan alam yang mempesonakan Pulau Nami telah dibangunkan pada tahun 1944 kerana banjir pembinaan Empangan Cheongpyeong. Pulau ini dinamakan sempena nama Jenderal Nami, yang meninggal pada usia 27/28 setelah dibunuh kerana dituduh melakukan pengkhianatan selama pemerintahan Raja Sejo, raja ketujuh Joseon Dynasty…

JELAJAH SEJARAH ISLAMIK DI NEGARA TURKI

Mengembara ke negara Turki dan mempelajari serba sedikit sejarah tentang kehidupan di negara Turki. Antara tempat-tempat menarik yang kita boleh lihat & pelajari di Negara ini ialah:
•Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque)
-Masjid bersejarah di Istanbul dan bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Uthmaniyyah. Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya.
•Hagia Sophia
- Dahulunya gereja, kini telah menjadi sebuah masjid yang sangat indah dan cantik. Bangunan ini menjadi masjid pada masa kekuasaan Kesultanan Uthmaniyah. Kemudian bangunan ini dibuka sebagai museum oleh Republik Turki.
•Istana Topkapi (Topkapi Palace) -Merupakan museum yang menyimpan segala sejarah dan warisan peninggalan Rasulullah serta barang-barang penting seperti Jubah, Al-Quran, Tapak Kaki, Senjata, Peti Emas dan sebagainya. •Bosphorus Cruise -Ingin melihat Turki Eropah dan Turki Asia dalam satu masa? Dengan b…

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊
Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini. Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini. Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius. Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade. Kemu…