Langkau ke kandungan utama

10 DESTINASI MENARIK DI MESIR

Walaupun saat ini Mesir sedang bergolak dan keadaan yang tidak selamat, namun Mesir tetap mempunyai daya tarik. Lupakan dahulu konflik yang sedang berlaku di Mesir, negara ini mempunyai peninggalan sejarah dunia dan tempat-tempat pelancongan yang memukau. Hampir semua wilayah di Mesir mempunyai nilai sejarah. 10 senarai destinasi pelancongan Mesir ini tentu tidak boleh didapati di tempat lain. 10. Gunung Sinai 20111220-122004 Gunung sinai adalah puncak tertinggi di bandar Saint Kahterine 's. Gunung Sinai banyak dikunjungi para pelancong, kerana di gunung inilah Nabi Musa mendapat wahyu dari Allah, iaitu 10 perintah Allah yang diberikan untuk bangsa Israel. Di puncak Sinai juga berdiri sebuah masjid dan gereja, dan banyak pendaki yang berminat menuju kemuncaknya. 9. Karnak PENTAX Image Karnak adalah sebuah bagunan kuil, iaitu runtuhan kuil, tiang-tiang dan bangunan yang lain. Kawasan ini menunjukkan bahawa dahulu pernah berlangsung sebuah peradaban. Ada 3 kuil utama dan banyak kuil yang bersaiz kecil. Pada masa pemerintahan Firaun, Karnak dibina sebagai tempat pemujaan. 8. Sharm el-Sheikh Sharm-el-Sheikh-007 Sharm el-Sheikh adalah kawasan bandar kedua Mesir, banyak kemudahan hiburan dan pelancongan terdapat di sini. Kedudukannya yang strategik menghadap Teluk Tiran dan Teluk Aqaba, Sharm el-Sheikh bagaikan syurga pelancongan air seperti snorkeling, selam skuba dan lain-lain. Di Sharm el-Sheikh, kita boleh melihat Gunung Sinai dan Teluk Naama. Lapangan golf dengan kemudahan yang lengkap juga disediakan di sana. 7. Hurghada Hurghada-Beach Hurghada adalah bandar di Mesir yang terletak di Laut Merah dan terkenal dengan pantainya yang indah dengan pasir putihnya. Hurghada juga menawarkan tempat-tempat pelancongan yang disokong kemudahan yang baik. Di Hurghada terdapat banyak resort, hotel dan penginapan. Batu karang Pantai Hurghada dianggap yang paling indah di dunia. Hurghada juga menjadi pusat antarabangsa sukan air seperti meluncur angin, belayar, menyelam dan lain lain. 6. Sungai Nil Sungai-Nil-Mesir Sungai Nil adalah sungai terpanjang di dunia di mana Nabi Musa pernah dihanyutkan ke Sungai Nil hingga dijumpai oleh isteri Firaun. Sungai Nil adalah jantung kehidupan penduduk Mesir. Kehidupan masyarakat Mesir bertumpu pada sungai Nil. Aktiviti seperti empangan, pusat ekonomi, pertanian, perikanan, perhubungan dan lain lain. Tidak salah apabila ada ungkapan yang menyebutkan, "Sungai Nil adalah hadiah untuk bangsa Mesir".   5. Luxor Luxor_Temple_R04 Luxor adalah bandar kuno di Heliopolis Selatan, di Luxor banyak terdapat tapak sejarah Mesir Kuno seperti tugu, runtuhan kuil-kuil dan makam serta muzium terbuka yang terbesar. Pelancongan menjadi tumpuan ekonomi penduduk Luxor.   4. Laut Merah redsea Laut Merah ada disebut dalam Al-Quran , pada ketika Nabi Musa membelah Laut Merah dengan tongkatnya. Waktu itu Nabi Musa dan para pengikutnya bangsa Israel melarikan diri dari dikejar Firaun. Terusan Suez menghubungkan Laut Merah (Mesir) dengan Laut Mediterranean. Laut Merah mempunyai batu karang, kepulauan dan kadar garam yang tinggi. Walaupun banyak spesies berbahaya di laut Merah, tetapi tidak menggetarkan para penyelam untuk menikmati keindahannya. 3. Alexandria alex Alexandria atau Iskandariah adalah bandar terbesar kedua di Mesir dan salah satu bandar paling terkenal di dunia. Di Alexandria terdapat sphinx dan teater Rom kuno. The Great Lighthouse adalah termasuk  dalam 7 Keajaiban Dunia. Banyak pelancong yang berminat untuk melawat Alexandria kerana tempatnya yang sangat indah.   2. Kaherah Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir-2 Ibu kota Mesir ini adalah bandar terbesar di Afrika dan berpenduduk paling padat. Kaherah juga sebagai pusat ilmu pengetahuan Islam. Universiti tertua di dunia Al Azhar juga berada di Kaherah. Bangunan rumah, bangunan-bangunan kuno sangat kental dengan seni bina Islam. Gelaran untuk Kaherah adalah bandar dengan 1000 menara. Kerana masjid-masjid di Kaherah minimum mempunyai 2 menara. 1. Piramid dan Sphinx 7549-1920x1080 Ada lebih dari 80 piramid di Mesir, dan piramid yang terbesar adalah Piramid Agung Giza dan Sphinx Agung adalah shpinx yang terbesar. Di dalam piramid terdapat mumia atau jasad raja-raja yang dipelihara, sedangkan sphinx adalah patung singa berkepala manusia. Piramid dan sphinx di Mesir membuktikan struktur buatan manusia yang tertinggi di dunia yang menyimpan banyak misteri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊 Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

OUTSTANDING UMRAH AND HAJJ AWARD 2016

Alhamdulillah, Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah dipilih untuk menerima anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy dengan kerjasama Kementerian Haji dan  Umrah Arab Saudi  dan UiTMara Malaysia. Mereka telah berkolobrasi dalam menganalisa dan menilai prestasi semua Agensi Pelancongan dan Operator Haji dan Umrah yang beroperasi di Malaysia untuk dipilih  sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat. Anugerahan telah disampaikan oleh yang Berbahagia Setiausaha Bahagian Perlesenan Kementerian Pelancongan Malaysia. Dengan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin untuk kami bekerja dengan lebih gigih lagi untuk memberi pelayanan yang lebih baik dan bermutu kepada semua pelanggan kami terutamanya para jemaah umrah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini yang telah diadakan pada malam 2hb November, bertempat di Dewan Banquet, Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur.