Langkau ke kandungan utama

UMRAH DISEMBER 2018 – TIPS



Umrah Disember 2018 dijangka bermula pada hujung bulan November 2018 ini.  Ramai para jemaah akan mengikuti program perjalanan umrah yang akan berlangsung dalam keadaan cuaca cukup sejuk sehingga kadangkala mencapai suhu dibawah 10°c pada waktu malam dan dalam purata 20°c pada siang hari.
Keperluan yang perlu disediakan semasa menghadapi musim sejuk adalah  seperti berikut;
  1. Tuala ehram perlu dari jenis yang lebih tebal daripada biasa
  2. Baju sejuk atau jaket (tetapi bukan jenis yang dipakai untuk musim salji)
  3. Digalakkan memakai baju-T didalam jubah atau abaya untuk menghangatkan tubuh semasa memakai ehram (untuk wanita) atau berziarah disamping jaket disebelah luar.
  4. Sarung tangan dan stokin kaki. Untuk memudahkan mengambil wuduk pilihlah dari jenis mudah wuduk.
  5. Pengambilan suplimen Vit C tambahan adalah digalakkan untuk menguatkan daya tahan tubuh menghadapi virus selsema dan batuk yang mudah berjangkit dimusim sejuk (sila rujuk kepada doktor dahulu kepada jemaah yang mempunyai masalah kesihatan). Pilihlah dari jenis “tanpa asid” 500mg – 1000mg untuk mengelakan ketidakselesaan perut. Jika tidak suka dengan pengambilan suplimen boleh juga diamalkan meminum jus asli yang banyak mengandungi vit C seperti jus oren, mangga, strawberry dan lain-lain yang banyak terdapat di merata kedai disana.
  6. Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan sering membasuh tangan. Gunakan sabun antiseptik atau hand sanitizer untuk mengelakkan jangkitan kuman merbahaya seperti MERS-CoV yang sedang melanda negara di Timur Tengah. Semasa didalam Ehram, wajib menggunakan bahan yang tidak mengandungi pewangi seperti produk El-Hajj.
  7. Disebabkan humiditi yang kering, sering terjadinya bibir dan tumit pecah (mungkin banyak berjalan atau melakukan ibadah umrah). Digalakkan menggunakan glos bibir dan balm tumit untuk mengatasi masalah tersebut. Semasa ehram diwajibkan menggunakan bahan yang tidak mengandungi pewangi seperti produk El-hajj.
  8. Bawa kaca mata gelap untuk melindungi mata dari sinaran matahari yang kuat dan menyilaukan kerana kurangnya terdapat awan yang menapisi cahaya matahari.
  9. Sentiasa menakai mask hidung jenis biasa atau NOSK untuk mengelakkan habuk atau penyebaran kuman atau virus.
  10. Banyak berdoa meminta Allah memelihara kesehatan dan keselamatan diri, ahli keluarga dan jemaah semua.
Sebahagian daripada barangan keperluan di atas boleh dibeli atau dipesan dari Galeri Hijranisa di HIJRANISA.COM














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊 Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

OUTSTANDING UMRAH AND HAJJ AWARD 2016

Alhamdulillah, Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah dipilih untuk menerima anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy dengan kerjasama Kementerian Haji dan  Umrah Arab Saudi  dan UiTMara Malaysia. Mereka telah berkolobrasi dalam menganalisa dan menilai prestasi semua Agensi Pelancongan dan Operator Haji dan Umrah yang beroperasi di Malaysia untuk dipilih  sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat. Anugerahan telah disampaikan oleh yang Berbahagia Setiausaha Bahagian Perlesenan Kementerian Pelancongan Malaysia. Dengan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin untuk kami bekerja dengan lebih gigih lagi untuk memberi pelayanan yang lebih baik dan bermutu kepada semua pelanggan kami terutamanya para jemaah umrah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini yang telah diadakan pada malam 2hb November, bertempat di Dewan Banquet, Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur.