Langkau ke kandungan utama

Fadhilat Umrah Dibulan Ramadhan

Terdapat pelbagai fadhilat melakukan ibadat umrah di dalam bulan Ramadhan.
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Melakukan ibadat umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadat haji."
Hadis Riwayat daripada Ibnu Abbas r.a.
Pada bulan Ramadhan yang mulia, ramai umat Islam akan berpusu-pusu ke Tanah Suci untuk mengambil kesempatan bagi mengerjakan umrah di Kota Mekah dan Madinah.
Rebutlah peluang ini dan sahutlah lambaian Kaabah yang setia menanti kunjungan anda!
Pakej Umrah di bulan Ramadhan bersama Syaza Travel & Tours menawarkan anda pengalaman merasai kemanisan menyambut bulan yang suci ini dengan serendah RM 7,590*!
Syaza Travel & Tours turut menawarkan penginapan di Hotel Anjum yang bertaraf 5 BINTANG. Dengan keselesaan yang terjamin, anda akan dapat menumpukan sepenuh perhatian anda terhadap amal ibadat ketika menjalani umrah di sana.
InsyaAllah.
Buat tempahan anda segera untuk menikmati umrah di bulan Ramadhan!
ANDA HANYA PERLU... CLICK link whatsapp kami

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊 Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

OUTSTANDING UMRAH AND HAJJ AWARD 2016

Alhamdulillah, Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah dipilih untuk menerima anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy dengan kerjasama Kementerian Haji dan  Umrah Arab Saudi  dan UiTMara Malaysia. Mereka telah berkolobrasi dalam menganalisa dan menilai prestasi semua Agensi Pelancongan dan Operator Haji dan Umrah yang beroperasi di Malaysia untuk dipilih  sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat. Anugerahan telah disampaikan oleh yang Berbahagia Setiausaha Bahagian Perlesenan Kementerian Pelancongan Malaysia. Dengan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin untuk kami bekerja dengan lebih gigih lagi untuk memberi pelayanan yang lebih baik dan bermutu kepada semua pelanggan kami terutamanya para jemaah umrah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini yang telah diadakan pada malam 2hb November, bertempat di Dewan Banquet, Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur.