Langkau ke kandungan utama

PAKEJ UMRAH MUSIM SEJUK NOVEMBER DAN DISEMBER 2018

Taif Kota Insan-insan Beriman

Tahukah anda…
Rasulullah SAW pernah dibaling batu ketika Baginda berkunjung ke Kota Taif bersama sahabatnya Zaid bin Harithah? Namun, kini Kota Taif didiami oleh insan-insan yang beriman dan beramal soleh. Terdapat pelbagai lokasi yang kaya dengan sejarah Islam di Kota Taif. Segalanya menanti anda di sana!
Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac.
Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh ianya boleh mencapai 13 darjah celsius.
Sejuknya di Tanah Suci Mekah dan Madinah bukanlah kerana disebabkan salji, tetapi kerana tiupan angin sejuk dari khutub utara. Namun begitu, sejuk yang paling terasa sekali adalah ketika keluar dari hotel menunaikan solat subuh di masjid khususnya di Madinah. Sehubungan itu, jemaah umrah dinasihatkan tidak lupa membawa baju sejuk di samping ubat-ubatan.

Jenis-jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2018

Melaksanakan ibadat umrah pada musim sejuk adalah sama dengan ibadat umrah pada musim panas atau Ramadan iaitu dari segi rukun dan wajibnya. Terdapat tiga jenis pakej umrah musim sejuk yang disediakan untuk memenuhi kehendak para jemaah;
  1. Umrah Biasa
    Umrah jenis biasa adalah sama seperti lain-lain umrah biasa didalam musim-musim lain seperti jenis hotel penginapan dan perkhidmatan lainnya. Perincian perihal pakej ini ada didalam laman web ini.
  2. Umrah Ziarah Taif (Hotel 5* Anjum)
    Umrah Ziarah Kota Taif merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif . Disamping itu pakej ini agak berprestej dimana hotel penginapan di Mekah adalah bertaraf lima bintang dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 50m sahaja.
  3. Umrah Ziarah Taif Biasa
    Umrah Ziarah Kota Taif Biasa merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif tetapi dengan jenis hotel penginapan biasa dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 450m.
Sertailah pakej Umrah Ziarah Taif bersama Syaza Travel & Tours untuk bulan Mac-April 2018!
Pakej Eksklusif Umrah Ziarah Taif Bertaraf 5 Bintang Hotel Anjum kami yang serba berpatutan, serendah RM 7,090*! termask 5% VAT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊 Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5 H 4 M)

Jakarta adalah ibu kota negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisiran bahagian barat laut Pulau Jawa. Seperti rajah di bawah :  Hari pertama di Jakarta : Penerbangan dari KUL – JKT mengambil masa 1 jam (-+) Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta , pemandu pelancong sudah menanti kami untuk ke destinasi seterusnya. Kami memilih Favehotel Zainul Arifin (4*) sebagai penginapan di Jakarta. Pada waktu malam, kami menikmati makan malam di Pondok Sedap Malam, restoren ini menyediakan makanan laut yang segar dan harganya berbaloi.  Hari kedua di Jakarta : Aktiviti hari kedua kami pergi ke Dataran Menara Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Berdasarkan kata pemandu pelancong kami, bahagian atas Menara Mona situ terdapat emas. Kemudian, kami terus menuju ke Mangga Dua Square untuk membeli b