Langkau ke kandungan utama

Catatan

INSURANS INDEMNITI

KEMENTERIAN Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) mewajibkan insurans takaful bagi setiap jemaah dan insurans indemniti ke atas syarikat pengendali umrah sebagai penambahbaikan dalam syarat khusus Lesen Khas Umrah (LKU). Insurans Indemniti ini disyaratkan untuk semua pemegang lesen ‘outbound’ termasuk umrah perlu diperolehi dengan nilai perlindungan RM100,000.00 setahun. Ia bagi melindungi daripada segala bentuk kecemasan dan perkara tidak diingini termasuk jemaah terkandas akibat masalah kewangan serta penghantaran balik disebabkan masalah kesihatan. Sebelum ini jemaah tidak sedar bahawa insurans perlindungan individu atau pukal yang dibeli tidak melindungi perkara seperti terkandas dan sebagainya sehingga musibah terbabit terjadi ke atas mereka. Kami di Syaza Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pemegang Lesen Khas Umrah (LKU) bermuassasah menyediakan kepada semua jemaah umrah kelolaan kami dengan kedua-dua jenis perlindungan iaitu insurans takaful bagi setiap jemaah dan insurans i
Catatan terbaharu

PAKEJ UMRAH MUSIM SEJUK 2019

Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac. Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh i

UPAH HAJI ATAU BADAL HAJI

Di manalah syurga kalau bukan di bawah tapak kaki seorang ibu. Apalah erti pengorbanan kalau bukan seorang ayah yang membanting tulang seharian demi mencari sesuap nasi. Sibuk menjamin kesejahteraan keluarga, mereka mengorbankan peluang mereka untuk berkunjung ke Tanah Suci. Segalanya demi mendahulukan perbelanjaan untuk anak-anak yang dikasihi. Apabila usia mereka sudah sampai ke waktu senja, mereka sudah tidak lagi punyai kudrat atau masa untuk menjalankan ibadat Haji mahupun umrah. Kemudian mereka pergi menghadap Yang Esa, sebelum sempat mereka merasai kemanisan beribadat di Tanah Suci. Sebagai anak yang soleh atau solehah, kita perlulah memastikan kesejahteraan mereka di akhirat kelak. Dengan upah Haji, dapatlah kita membantu mereka untuk melengkapkan rukun Islam yang ke lima walaupun setelah mereka pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman. InsyaAllah. Daftarlah Upah Haji bersama Syaza Travel & Tours. Untuk pendaftar

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊 Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

JELAJAH SEJARAH ISLAMIK DI NEGARA TURKI

Mengembara ke negara Turki dan mempelajari serba sedikit sejarah tentang kehidupan di negara Turki. Antara tempat-tempat menarik yang kita boleh lihat & pelajari di Negara ini ialah: • Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque) - Masjid bersejarah di Istanbul dan bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Uthmaniyyah. Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. • Hagia Sophia - Dahulunya gereja, kini telah menjadi sebuah masjid yang sangat indah dan cantik. Bangunan ini menjadi masjid pada masa kekuasaan Kesultanan Uthmaniyah. Kemudian bangunan ini dibuka sebagai museum oleh Republik Turki. • Istana Topkapi (Topkapi Palace) - Merupakan museum yang menyimpan segala sejarah dan warisan peninggalan Rasulullah serta barang-barang penting seperti Jubah, Al-Quran, Tapak Kaki, Senjata, Peti Emas dan sebagainya. • Bosphorus Cruise - Ingin melihat Turki

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi

PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5 H 4 M)

Jakarta adalah ibu kota negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisiran bahagian barat laut Pulau Jawa. Seperti rajah di bawah :  Hari pertama di Jakarta : Penerbangan dari KUL – JKT mengambil masa 1 jam (-+) Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta , pemandu pelancong sudah menanti kami untuk ke destinasi seterusnya. Kami memilih Favehotel Zainul Arifin (4*) sebagai penginapan di Jakarta. Pada waktu malam, kami menikmati makan malam di Pondok Sedap Malam, restoren ini menyediakan makanan laut yang segar dan harganya berbaloi.  Hari kedua di Jakarta : Aktiviti hari kedua kami pergi ke Dataran Menara Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Berdasarkan kata pemandu pelancong kami, bahagian atas Menara Mona situ terdapat emas. Kemudian, kami terus menuju ke Mangga Dua Square untuk membeli b